Saturday, February 4, 2012

Bukti Kuat Yang Menyokong Malaysia Adalah Negara Islam


Malaysia Adalah Negara Islam


Malaysia adalah sebuah negara islam. Berikan fakta dan asas yang kukuh untuk menyokong / menolak pernyataan ini?
saya menyokong pernyataan diatas berdasarkan beberapa fakta dan asas yang kukuh. Antaranya ialah.
Islam telah bertapak di tanah melayu iaitu malaysia gelarannya pada hari ini,sejak zaman kesultanan melayu melaka lebih kurang dalam lingkungan kurun ke 14 lagi. Disebabkan sultan pada zaman ini telah memeluk islam,beliau perlu menyebarkannya pada rakyat khasnya pada penduduk asal tempat tersebut. Di samping itu,undang-undang pada ketika itu menyatakan bahawa,jikalau sultan atau pemerintah memeluk islam,secara tidak langsung rakyatnya juga perlu turut serta memeluk islam. Dalam masa yang sama, islam telah tersebar dengan meluas di negeri tersebut dan dapat di terima serta disebatikan dengan diri dan kehidupan masyarakat pada ketika itu. Oleh yang demekian, islam telah berjaya memepengaruhi tindak tanduk kehidupan,adat istiadat,pemakaian,penempatan,upacara perayaan,dan sistem pentadbiran pada masa itu. Selain itu, sistem pendidikan juga tersebar dalam negeri tersebut. Justeru itu, hal ini memperlihatkan dengan jelas bahawa,sebelum mendapat gelaran malaysia lagi negara ini telah pun menjadi satu negara islam. Oleh itu, memang benarlah pernyataan tersebut yang mengatakan bahawa malaysia adalah sebuah negara islam.
Kaum mejoriti di malaysia merupakan penganut islam. oleh yang demekian,hal ini jelas menunjukkan bahawa malaysia adalah negara islam,jika mengikut peraturan yang di tetapkan dalam undang-undang negara tersebut. Buktinya, dalam undang malaysia kaum minoriti perlu menerima dan mengikuti perkara yang di tetapkan oleh kaum mejoriti. Oleh yang demekian,secara tidak langsung negara ini merupakan sebuah negara islam. sebagai bukti, mana-mana negara sekalipun,jika terdapat di dalamnya sebuah agama yang mejoriti di anuti,secara tidak langsung negara tersebut akan di labelkan mengikut agama mejoriti yang terdapat di dalamnya. Hal ini bertepatan sekali dengan malaysia yang mana rakyat di dalamnya lebih ramai atau mejoriti menganuti agama islam. secara tidak langsung,tidak dapat di sangkal lagi malaysia merupakan sebuah negara islam seperti pernyataan di atas.
Pemerintah tertinggi negara malaysia beragama islam,jika menurut perlembagaan yang telah di tetapkan. Dalam hal ini,orang yang di maksudkan adalah sultan,yang mana baginda adalah pemerintah tertinggi negara ini. Dengan tugas baginda sebagai pemerintah tertinggi,beliau juga telah di lantik sebagai ketua agama islam dalam negara ini. Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa malaysia adalah sebuah negara islam pada hari ini. Oleh yang demekian kerana, baginda perlu bekerja keras untuk mengekalkan malaysia sebagai negara islam di bawah naungannya. Jika berpandukan sejarah zaman kesultanan melayu melaka,apabila pemerintah sebuah negara itu memeluk islam,rakyatnya juga perlu mengikutinya. Jika kita mmeneliti dengan lebih dalam maksud hadis ini,kita akan mendapat petunjuk yang jelas berkaitan kewajipan mengikuti pemerintah untuk mendirikan sebuah negara islam. “hai orang-orang yang beriman,taatilah allah, dan taatilah rasulnya, dan ulil amri dari kamu sekelian”. (QS an-nissa:59).  Walaupun negara ini mempunyai agama-agama lain seperti hindu dan budha,malaysia tidak boleh di label sebagai negara bukan islam kerana mejoriti rakyatnya adalah islam. hal ini jelas menyatakan malaysia merupakan sebuah negara islam jika menurut bukti-bukti yang saya nyatakan di atas.
Keseluruhan undang-undang yang di amalkan di negara malaysia adalah berlandaskan hukum-hukum islam. dalam hal ini, tidak mengira agama,adat resam,atau ajaran apapun, undang-undang yang di gunakan sebagai panduan dalam mengadili,dan menjatuhkan hukuman adalah berteraskan syariat islam. sebagai contoh, jika seseorang melakukan kesalahan jenayah di negara ini tidak kira bangsa,agama,dan penduduk mana pun, hukuman yang di kenakan ke atas mereka adalah lebih berteraskan undang-undang islam. hal ini jelas menyatakan bahawa negara ini adalah sebuah negara islam. oleh yang demekian, undang-undang islam bukan lah hanya untuk orang islam sahaja,bahkan untuk semua umat manusia di muka bumi ini. Perkara berkaitan ini telah di nyatakan dalam hadis tersebut. “apakah undang-undang jahiliyah yang mereka kehandaki, dan (undang-undang) siapakah yamg lebih baik daripada (undang-undang) allah bagi orang-orang yang yakin”(QS al-maidah:50). Dengan demekian, amat jelas bahawa sesebuah negara seperti malaysia menggunakan islam untuk menegakkan kekuasaan yang berlandaskan syariat islam. perkara ini juga adalah satu bukti bahawa malaysia merupakan sebuah negara islam kerana berpandukan undang-undang islam dan berhak mendapat gelaran negara islam. Selain itu, hadis ini juga ada menyatakan perkara yang berkaitan undang-undang islam,”dari abdullah bin mas’ud, katanya:”bahawa rasullullah s.a.w bersabda: “tiap-tiap nabi yang di utus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilah dari umatnya masinag-masing;mereka itu berpegang kepada contoh nabinya dan menuruti perintahnya;kemudian setelah zaman itu berlalu mereka di sambung oleh generasi yang hanya pandai berkata-kata ,tetapi tidak bekerja ,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman nabinya. Sesiapa yang menentang kaum itu dengan kekerasan,mu’min lah ia,menentangnya dengan perkataan,mu;min pula, dan menentangnya dengan hati mu’min juga; dan telah habislah  iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya”. Hal ini perlu di titik berat oleh pemerintah sesuatu negara jika mahu membangunkan negara islam yang amat kukuh.
Terdapat banyak bahan-bahan binaan di malaysia berkait rapat dengan unsur-unsur islam. Hal ini merujuk kepada wujudnya begitu banyak ukiran-ukiran, seni binaan, dan juga seni lain dari islam di malaysia. Sebagai bukti, reka bentuk binaan masjid di malaysia keseluruhannya berteraskan unsur-unsur islam. Contohnya,ukiran pada pintu-pintu masjid,siling masjid, dan biasanya keseluruhan ukiran pada badan masjid itu sendiri. Perkara ini jelas menyatakan bahawa tersebar luasnya islam di malaysia sehingakan negara tersebut menjadi sebuah negara islam yang ulung di dunia. Selain daripada itu, terdapat juga seni lain  yang menunjukkan malaysia merupakan negara islam yang wujud pada masa kini. Antaranya ialah, seni tulisan khat yang mana ianya datang dari unsur islam,seperti tulisan khat diwani contohnya,tulisan ini adalah datangnya dari islam sendiri dan tersebar ke malaysia. Derngan adanya kedua-dua perkara tersebut, tidak dapat di sangkal lagi bahawa malaysia sememangnya sebuah negara islam.
Agama islam sebagai jati diri dan agama rasmi negara malaysia. Dalam perkara ini, islam adalah satu nilai yang dominan di malaysia, di mana ianya boleh menentukan apa jua yang boleh di lakukan dan sebaliknaya oleh negara ini. Sesuatu yang di nobatkan sebagai rasmi adalah suatu yang menjadi keutamaan dan tidak boleh di campuradukkan begitu sahaja. Perkara ini sesuai dengan makna rasami itu sendiri di mana telah di sahkan oleh negara dan perlembagaan. Perkara ini telah termaktub dalam perkara 3(1) perlembagaan persekutuan,di mana ianya menyatakan bahawa islam adalah agama rasmi di malaysia. Dalam konteks individu islam, perkara ini mempunyai makna dan impak yang amat besar seperti yang kita faham dalam konteks syahadah. Di samping itu, dalam perkara 3(1) juga menyatakan bahawa islam itu sendiri adalah jati diri negara malaysia. Jati diri seperti yang di defenisikan oleh kamus dewan (edisi ke tiga halm. 613) bermaksud “sifat atau ciri yang unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian sesuatu bangsa, individu, dan negara. Perkara 3(1) amat jelas menunjukkan bahawa malaysia sememangnya adalah sebuah negara islam. Di samping itu juga, perkara 160(2) juga mendefenisikan negara melayu iaitu malaysia adalah meletakkan islam sebagai tunjang utama pemerintahannya. Daripada perkara di atas, jelas menyatakan islam adalah agama yang kuat di mana ianya mengatasi agama-agama lain kerana merupakan anutan mejoriti di negara ini.
Wujudnya banyak pusat-pusat yang menyepadukan ajaran islam dalam system pendidikan di Malaysia pda hari ini. Kewujudan banyak sekolah-sekolah agama di Malaysia pada hari ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara islam yang mengamalkan ajaran islam dan sesuai mendapat gelaran Negara islam. Selain sekolah agama yang memainkan peranan, sekolah kerajaan yang wujud juga memaikan peranan dalam mengekalkan islam wujud di Malaysia. Sebagai contoh, sekolah harian iaitu sekolah menengah bertaraf kerajaan,sekolah jenis ini mewajipkan subjek agama islam menjadi mata pelajaran yang wajib di ambil oleh pelajar-pelajarnya. Dengan ini, tidak dapat di nafikan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara islam berdasarkan system pendidikan yang di amalkan oleh pihak kerajaan.



Rujukan :

·       Buku perlembagaan Malaysia. Asas-asas dan masalah. Oleh dr. abdul aziz bari (halaman 287-295) (2001).
·       Perlembagaan dan undang-undang am. (undang-undang Malaysia edisi 2009.halaman 1-2). Diterbit dan dicetak oleh : MDC publishers Sdn Bhd (91168-A).
·       Undang-undang kesultanan melayu dalam perbandingan. Oleh jelani harun (halaman 24-30). Penerbitan universiti sains Malaysia pulau pinang,2008.